click here for my happiness

Sunday, April 1, 2012

Hari pertama/Day 1 in Seoul

It took weeks for me to finish this entry. Sorry sangat2 sebab saya busy sangat2 (alasan yang sangat cliche). Here we go..

Lepas selesai urusan imigresen & picked up our luggages, kami terus mencari kaunter tiket Airport Limo Bus. Biasalah some taxi drivers akan cuba dapatkan passenger. Abaikan mereka cuz taxi charge from airport sangat melampau, beratus-ratus ringgit. Senang je nak jumpa kaunter Limo bus, keluar je cari booth bulat sepanjang kaki lima entrance arrival hall. Tiket berharga KRW10000(~RM30). Sebab takut tersalah sebut, kami tunjukkan saja print out address apartment kami pada ticket girl. Rupa-rupanya our apartment memang one of the main stops. So agak lega, tak payah jalan jauh mencari lepas turun bus nanti. 

Bus kami nombor 6005 & kami kena tunggu di bus boarding point, menghala ke kanan kaki lima arrival hall. Sepanjang kaki lima ada banyak papan tanda biru macam dalam gambar bawah ni. Signboard ni lah tempat tunggu bus ikut destination. Nampak tak Vabien dalam tu? Pada signboard tu ada banyak info macam main bus destinations, time table & bus routing. Bus 6005 paling awal dari airport seawal 6.15pagi.


Kami ada masa dalam 30 minit sebelum bus tiba. Sejuk sangat nak tunggu kat luar, masuk balik dalam arrival hall.  Banyak benches dekat dengan pintu so takde la risiko terlepas bus ;p Sempat nak refresh diri sikit-sikit. Sempat juga grab some pamplets & maps dari information center. Along the way to information center, perasan ada kaunter untuk mobile phone rental & 3G package. 

Bas service di Korea selalu on time. Make sure ready kat pick up point seawal 10 minit. Beberapa minit sebelum bas tiba, ada ajishi (pakcik) dah sibuk menyusun semua luggage passenger ikut size, kecil ke besar. Nanti senang dia susun dalam bas. Lepas tu dia siap lekatkan sticker pada semua luggage tu. Oh sticker tu memang ada pada tiket bas. Nombor siri pada tiket tu sama dengan sticker, so nanti takdelah yang memandai tersalah ambil bag. Rajin pakcik tu. Driver bus pun rajin, setiap kali turunkan penumpang, dia akan turun sekali ambilkan bag. Memang beretikalah, tak rugi bayar RM30. 

Dari airport ke Vabien ambil masa dalam 45minit to 1 jam (ikut keadaan traffic & windy weather). Disebabkan kami sampai pagi & check in time start pukul 3 pm, kami plan simpan dulu luggages at the check in counter. Lepas refresh ourself, we are ready to explore Seoul! Tapi sebelum tu kena beli T-Money card. Apa tu? Ala macam kad Touch n Go kita. Kad ni boleh guna untuk subway train, bus, taxi & untuk shopping. Scan saja dimana-mana anda suka :) Harga kad T-Money ni KRW2500 & top up seberapa banyak korang suka. Korean biasa guna word recharge instead of top up. Haritu saya top up KRW10000. Senang je nak dapatkan kad ni, just cari convenience store macam 7-Eleven or G25 yang merata-rata ada sekitar Seoul. Apartment kami ada 7-Eleven at ground floor, memang senang. Lagi satu yang bestnya guna T-Money ni per trip kita just bayar KRW900 je, kalau beli tiket kena KRW1000 (~RM3). Tak payah nak stop kat ticket machine tiap kali nak beli & refund ticket. Tapi baru2 ni noticed inside visit korea website that subway fare dah naik jadi KRW1150!

Now we are ready to hit the subway! Excited sebab ni 1st time guna subway or they call it metro. The closest subway station to Vabien II is Seodaemun station. Dekat sesangat, tak sampai 2-3 minit berjalan. Dari exit door Vabien II tepi belah kanan, jalan menghala ke kanan. Lepas 2 bangunan dah nampak belah kiri ada small signboard warna kuning turun ke bawah tanah. Itu exit number 5. 



Sampai ke bawah, agak blur nak ambil direction kemana. Pergilah tanya 2 young guys yang dah nak ready nak refill ATM machine. Selamba je kacau orang tu nak buat kerja, dah lah siap pegang senapang. Fuhh lega sebab diorang boleh speaking sikit-sikit. Kami nak pergi Namdaemun market, tak sure nak ambil direction mana sebab kat signboard tu takde tulis Hoehyeon pun. Diorang siap buka map from hp to suggest the best line to choose. Errrr line mana & which transit I tahu, just wanna know which way left or right. Check-check balik subway map baru dapat sinar hehehe & diconfirmkan lagi oleh info kaunter staff.

Dari Seodaemun station yang dalam line 5 (warna ungu), kami naik train menghala Gwanghamun/Cheonggu/Sangildong. Kemudian kami turun di Dongdaemun History & Culture station, transit ke line 4 (warna light blue) naik train menghala ke Chungmuro/Oido. Finally turun di stesen Hoehyeon. Overall time dalam 15-20 minit. Station ke station sekejap je 2-3 minit tapi yang lama tu berjalan dalam subway nak transit ke line colour lain. Tak lah susah mana pun. Announcement made in english for every stop memang sangat clear 


Cute guy huh?




Di Hoehyeon Station ada 7 exits, hah nak keluar pintu mana satu?? Don't worry keluar je train ada district map on wall yang macam kat atas pic tu. Namdaemun Market yang kat bawah dekat2 Lotte card. So the closest exit is Exit No 5! yeah dance to mambo no 5! Kalo agak2 takut tak ingat jalan snap je pic map guna hp or camera macam saya buat :)

Target utama ke Namdaemun Market? Nak tengok tempat borong brooch. Banyak kedai jual accessories yang cantik2, bling2 menawan tapi yang ada banyak brooch di kedai Leh Dang, naik 2nd floor. Tapi at which building saya tak ingat. Yang ingat tangga warna pink ( I know I'm not helping much on this info).

Memang rambang mata tengok macam2 aksesori bling2. Floor tu penuh dengan small booths yang melintang kiri kanan. Agak sempit & tak sesuai for those with big luggages. Ada brooch, necklace, hairband, bracelet, small pouch & butang baju melayu. Yes butang baju melayu, towkeh kedai tu sebut sebiji macam kita sebut. Sah2 memang ramai Malaysian datang kedai dia. Saya jumpa kat deret booths nombor 209, 210 & 211. Booths diorang ni memang ramai Malaysian singgah sebab banyak brooches. Don't limit yourself to these booths, jenguk2 booths lain which offer different designs & stuff. Saya suka design gelang kristal mereka & harga pun murah dalam KRW4000-KRW7000 (RM12-RM21). They don't like you to snap pictures here but I managed to snap few from my Iphone. Tapi ada towkeh yang kemut tak kasi kita sentuh. Terus tak jadi nak beli barang, hah ko yang rugi.






Lepas dah puas borong, kami keluar jalan2 sekitar area Namdaemun Market. Boleh terlupa nak cari kedai kebab dekat area situ, isk isk menyesal. Itulah lepas shopping terus lupa benda lain.

That lady just happened to be in the middle.



These strawberries are sweet!

Let's get back to the apartment for check in.


Winter night







1 comments:

Navaneetham Krishnan said...

Love all the knick-knacks and the food as you have shared.